Krisis iklim

Krisis iklim merupakan istilah yang menggambarkan pemanasan global dan perubahan iklim serta akibatnya. Istilah ini telah digunakan untuk menggambarkan ancaman pemanasan global terhadap planet ini dan mendesak mitigasi perubahan iklim yang agresif.[2][4][3][5] Misalnya, dalam satu rencana yang diterbitkan pada Januari 2020 dalam jurnal BioScience, yang disokong oleh lebih dari 11.000 ahli sains di seluruh dunia, menyatakan bahawa "krisis iklim telah tiba" dan "peningkatan skala besar dalam usaha untuk melestarikan biosfera kita diperlukan untuk mengelakkan penderitaan yang tak terkira banyaknya akibat krisis iklim."[6][7]Istilah ini telah digunakan oleh golongan yang percaya bahawa istilah itu boleh menggambarkan keseriusan ancaman yang dihadap oleh planet ini akibat pembebasan gas rumah hijau yang berterusan dan dapat membantu memacu keinginan politik yang telah lama hilang dari advokasi iklim".[2] Mereka percaya bahawa, sama seperti penggunaan istilah "pemanasan global" yang dapat menimbulkan lebih banyak perasaan emosi dan sokongan terhadap tindakan iklim berbanding dengan "perubahan iklim",[2][8][9] penggunaan istilah "krisis iklim" boleh memberikan impak yang lebih kuat.[2]Sebuah kajian telah menunjukkan bahawa istilah tersebut menimbulkan respons emosi yang kuat dalam menyampaikan rasa kesegeraan,[10] tetapi kajian tersebut telah memberikan amaran bahawa bahawa respons ini mungkin kontra-produktif,[11] dan menyebabkan kesan reaksi balas kerana persepsi berlebihan yang membimbangkan.[12][13]